Tuesday, 29 May 2018

The Translator (Short Comedy Film)



Pengajaran ringkas yang saya boleh berikan mengenai filem pendek ini supaya kita dapat menjadi penterjemahan yang baik dan pengajarannya juga supaya kita dapat memilih penterjemah yang boleh dipercayai. Tambahannya lagi, penguasaan pelbagai bahasa juga memberikan nilai-nilai positif dan negatif.

Sekian, terima kasih ....

TEKNIK MENTERJEMAH PERIBAHASA


Tekniknya adalah

1. Peribahasa sumber digantikan dengan peribahasa yang seerti dalam bahasa sasaran

Contoh :


جزاه جزاء سنمار

diterjemahkan susu dibalas tuba






2. menggunakan teknik pinjam terjemah

Contoh:


ماء الوجه
diterjemahkan terus kepada air muka

عين القلب
diterjemahkan terus kepada mata hati

Sunday, 27 May 2018

JENIS-JENIS MAKNA (MAKNA FIGURATIF)

MAKNA FIGURATIF

Makna ini digunakan padasimpulan bahasa, kiasan, kiasan peribahasa, metafora, simile. Selain itu, jenis makna ini perlu diingat dan disimpan dalam kepala. Tambahan lagi ianya jika diterjemah pasti  lari jauh dari makna asal. Seterusnya, perluasan makna secara figuratif terjadi apabila proses pengambilan salah satu atau beberapa aspek daripada makna sesuatu perkataan kemudiannya digunakan pada benda-benda lain yang asalnya tidak terletak dalam bidang makna perkataan asal. hal ini mungkin diambil daripada rupa bentuk, sifat psikologi, hubungan jaraknya atau persamaan fungsinya dan ia juga diterbitkan oleh anggota masyarakat berdasarkan sifat-sifat yang dianggap paling terserlah pada sesuatu benda. seperti, licin- belut, sombong- merak, bodoh-lembu dan sebagainya.

CONTOH- Ayam: jika ianya seperti di bahagian jenis makna rujukan namun apabila masuk kepada jenis makna figuratif makna ayam menjadi samar-samar seperti penyakit rabun ayam, tidur-tudur ayam, kuih cakar ayam dan seumpamanya. 

JENIS-JENIS MAKNA (MAKNA KONOTATIF & MAKNA EMOSI)

MAKNA KONOTATIF

Makna konotatif ini merupakan makna yang melibatkan perasaan. Selain itu, ia memiliki makna tambahan oleh sesuatu perkataan. Tambahan lagi, ianya juga mungkin mendatangkan positif dan negatif dan bergantung kepada tafsiran pengguna.

CONTOH: 1. Perempuan, wanita, betina - makna konotasinya adalah berbeza.
                   2. Isteri saya, bini saya, orang dapur saya, perempuan saya - membawa konotasi berbagai dan berkait dengan perasaan.




MAKNA EMOSI

Jenis ini memerlukan terjemahan yang betul. emosi mesti diciptakan semula dalm terjemahan. Faktor yang membawa makna emosi antaranya ialah orang yang ada hubungan dengan perkataan itu. Selain itu, keadaan sewaktu itu diucapkan. Seterusnya, suasana kebahasaan yang menjadi ciri-ciri perkataan itu. Wujudnya makna emosi pada sebutan, perkataan, frasa, wacana, tema maklumat.

CONTOH: madu, keldai, kekasih, curang- mendatangkan emosi yang berbagai. 
Boleh juga makna emosi yang pantang disebut (jamban- bilik air).

bersambung.....


JENIS-JENIS MAKNA (MAKNA KONTEKS & MAKNA SOSIO-KULTURAL)

 MAKNA KONTEKS


Jenis makna ini adalah makna yang melihatkan hubungan antara ujaran dengan keadaan dan penggunaannya dikaitkan dengan situasi penggunaan bahasa. contoh: "selamat pagi! (keluar) situasi apabila seorang ketua mengatakan kepada orang bawahannya yang selalu datang lambat.





MAKNA SOSIO-KULTURAL

Penggunaan ini pula digunakan untuk memaknakan sesuatu perkataan yang erat kaitannya dengan sosiobudaya pemakai bahasa.
Contoh: marhusip (bahasa batak Toba) merupakan adat perkahwinan, dan kalau diterjemahkan ke bahasa Indonesia menjadi berbisik. Tambahan lagi, terjemahan jenis ini tidak dapat memberi makna sebenar yang terkandung dalam makna sesuatu perkataan. Oleh itu, jenis ini tidak perlu diterjemah namun memerlukan catatan kaki untuk penerangan maknanya.

bersambung....



PENTERJEMAHAN KATA NAMA KHAS

Kata nama khas bahasa Arab seperti علي Ali tidak perlu diterjemahkan tetapi ada dua perkara penting yang perlu diambil kira


  1. menukarkan huruf Arab kepaa huruf Rumi
  2. Menukarkan setiap pekertaan dengan huruf besar

kata nama khas yang mempunyai makna tidak boleh diterjemahkan sama sekali. Kalau penterjemah melakukan juga dia telah melakukan kesalahan berat.


Contohnya, Masjid Tanah (bm)
menjadi مسجد تانه (ba) bukannya
مسجد الأرض




KUIZ SEDUNIAA



Hai kawan-kawan, bahasa apakah ini ? hehe
cubaaa tekaaa 

Kalau dilihat secara kasar kandungan dalam gambar ni aa kaitan dengan ciri terjemahan sastera, 
uitt cemana tuuuu 

boleh dilihat ari seni yang dipersembahkan contoh macam drama, puisi, prosa, bergambar, filem dan sebagainyaa, selain itu juga ciri-ciri terjemahan sastera ni mementingkan keindahan bahasa tau dan ketajaman makna bahasa sumber .

so ada dapat ilmu yang saya share tak ? semoga bermanfaat hehe

KELAYAKAN PENTERJEMAH



       Bukan senang nak jadi penterjemah ni, ada syarat-syaratnya cer tengok bawah 

  •      mesti mengetahui bahasa sumber- teks asal
  • mengetahui bahasa sasaran-bahasa penerima
  • mengetahui topik yang diterjemahkan-nak jamin ketepatan
  • mengetahui teori terjemahan
  • mengetahui khalayak/sasaran pembaca 
jadi kawan-kawan dah tahu dah syaratnya ? sesiapa yang berminat nak jadi penterjemah
boleh lah praktis dari sekarang. PRACTICE MAKES PERFECT ! haa gituuu

KESALAHAN TERJEMAH





       CARA HINDARKAN KESALAHAN
                          TERJEMAH

     1.Bertanya pada tutur asli bahasa sumber

     2.Bertanya kepada orang yg tinggal dan
          bergaul dengan masyarakat sumber





                                         
                                                         Akhir sekali gunalah KAMUSSS, Jangan MALAS !














KENAPA MENTERJEMAH ?

Pernah terfikir tak kenapa perlunya menterjemah ni ?



Contoh manuskrip sastera Melayu diterjemahkan 
dalam Arab

  • sebab membantu komunikasi dengan orang lain- contohnya nak buat hubungan diplomatik Malaysia dengan Arab Saudi, mesti ada seorang penterjemah dalam diskusi kan kan kan
  • penting sebab nak sebarkan ilmu supaya kita dapat ceritakan budaya masyarakat sesuatu tempat tu 

Saturday, 26 May 2018

JENIS-JENIS MAKNA (MAKNA LEKSIKAL DAN MAKNA GRAMATIKAL)

MAKNA LEKSIKAL

Penggunaan "makna leksikal" digunakan sebagai lambang, peristiwa dan seumpamanya. Hal ini seperti makna yang dicari di dalam kamus yang pastinya diterjemah dengan banyak makna seperti "bad" - yang terjemahnya boleh jadi maksud jahat, buruk, jelek, susah, busuk dan sebagainya. Selain itu, ianya perkataan yang tidak dapat dipastikan maksudnya sehing dimasukkan ke dalam satu ayat.






MAKNA GRAMATIKAL

Jenis ketiga iaitu "makna gramatikal" atau juga dikenali sebagai "makna fungsian" atau "makna tatabahasa". Jenis ini merupakan makna fungsinya boleh digunakan dengan pelbagai tatabahasa seperti digunakan makna perkataan itu kepada objek ayat, kata kerja dan sebagainya. sebagai contoh perkataan dariapada bahasa Inggeris iaitu CAN yang maksudnya jika diterjemah boleh membawa maksud yang berbeza dari segi perbezaan tatabahasa iaitu boleh diterjemahkan kepada dapat, tin, mengetinkan.


bersambung....

JENIS-JENIS MAKNA (MAKNA RUJUKAN)

APA ITU MAKNA?

Sebelum kita pergi lebih lanjut mengenai jenis-jenis makna, lihat dahulu apa sebenarnya "Makna"... Makna adalah sesuatu yang wujudnya didalam ayat dan ia juga merupakan antara bidang-bidang ilmu. Tambahan lagi, "makna" juga digunakan mengikut situasi kegunaan ayat dan budaya percakapan.







JENIS-JENIS MAKNA


MAKNA RUJUKAN:

Makna rujukan ini seperti perkataan yang mempunyai banyak maksud penyampaian seperti "rumah" yang boleh digunakan untuk rumah banglo, rumah pangsa, rumah panjang dan sebagainya. Hal ini jelas "makna rujukan" ialah jenis makna yang kabur, samar-samar atau tidak tepat. Tambahan lagi, ianya menggunakan masa yang panjang untuk menterjemah dan jenis ini juga menggunakan dua tanda iaitu tanda sintaksis dan tanda semotaksis. Contoh bagi tanda sintaksis yang kami pelajari seperti-"itu binatang"(binatang sebenar) dan boleh juga "dia binatang"(bukan binatang sebenar tapi manusia), menggunakan perkatan yang sama tapi bila situasi ayat berbeza. Selain itu, contoh bagi Tanda semotaksis ialah- "dia mengambil sikat rambut" dan "dia mengambil dua sikat pisang"

bersambung......

Friday, 25 May 2018

CIRI TERJEMAHAN MENURUT "ROBERT LADO"

Assalammualaikum....saya hari ini ingin berkongsi sesuatu yang telah saya pelajari iaitu ciri-ciri terjemahan menurut "Robert Lado", beliau membahagikan kepada dua ciri-ciri terjemahan iaitu faktual dan sastera...






APA ITU FAKTUAL?? mesti ada yang tertanya makna faktual, baiklah saya akan terangkan maknanya menurut kamus dewan bahasa. Menurut kamus dewan bahasa edisi keempat "faktual" ialah memberi istilah bersedia memberi pendapat yang ilmiah agar kebenaran dapat ditegakkan.
Oleh itu, bagi pandangan saya selepas saya mempelajari tajuk ini faktual sama sahaja seperti perkataan "Fakta"yang merupakan satu perkara yang benar dan semestinya dalam tajuk ini ciri terjemahan ilmiah ini adalah bericiri fakta yang tepat. Bagi Rober Lado, ciri ini contoh selalu berlaku dalam terjemahan buku, surat khabar, surat-surat rasmi dan seumpamanya. Selain itu, menurut beliau juga ciri ini perlu dilakukan dengan ringkas, sederhana, wajar dan tiada kekeliru fakta. Hal ini amat penting supaya terjemahan tersebut tidak menyesatkan pembaca.



APA MAKSUD SASTERA?? menurut kamus dewan edisi kedua sastera adalah hasil seni yang diwujudkan dalam bentuk karangan bebas atau dalam bentuk puisi, selain itu bahasa yang digunakan dalam sesuatu tulisan. Oleh itu, ciri ini berlaku dalam terjemahan seperti prosa, puisi, drama, opera, cerita-crita bergambar, film dan sebagainya. Menurut Robert lagi, ciri ini mampu memberi impak yang sama dalam merasai isi dan ungkapan tesk asal. Selain itu, terdapat perbezaan makna walau sedikit namun dapat merasai apa yang terkandung dalam tesk asal. Seterusnya, ciri ini mementingkan keindahan bahasa dan ketajaman makna bahasa sumber dan kesilapan yang dilakukan penterjemah tidaklah terlalu mengelirukan pembaca dalam memahami sesuatu terjemahan bercirikan sastera.

Sekian, itu sahaja daripada saya mengenai Ciri Terjemahan menurut ROBERT LADO
terima kasih.



Wednesday, 23 May 2018

KEPELBAGAIAN TERJEMAHAN

Assalamua'laikum semua. Saya Nurhidayah. Secara umumnya, apa yang kita tahu berkenaan dengan terjemahan ialah menterjemah dari satu bahasa ke bahasa yang lain. Sebagai contoh, Ali telah menterjemah ayat Bahasa Inggeris tersebut kepada Bahasa Melayu.

Tetapi apa yang kita tidak tahu bahawa menterjemah mempunyai banyak skop terjemahan seperti menterjemah papan tanda, peribahasa, video, audio, lagu, resepi bahkan gambar juga boleh diterjemah. Bagi yang pertama kali mendengarnya pasti anda berasa pelik bukan? Apa yang saya perkatakan adalah betul belaka bahawa kita juga boleh menterjemah papan tanda dan juga gambar.


 Image result for papan tanda 
Terjemahan : Papan tanda ini menyatakan bahawa terdapat simpang tiga dihadapan.

Image result for kucing
Terjemahan : Saya dapat melihat kucing tersebut tidur dengan nyenyaknya.

Sekian sahaja daripada saya berkenaan terjemahan pada hari ini. Ampun maaf jika terdapat sebarang kekurangan dalam penulisan kali ini. Stay tuned. #hidayah

Sunday, 20 May 2018

CONTOH TERJEMAHAN TEKS MELAYU KE BAHASA ARAB



Image result for RUSA
Assalamualaikum WBT, kawan-kawan. Salam Ramadan kareem ! 😘

Penulisan kali ini pula, kami akan berkongsi mengenai terjemahan teks yang perlu kami lakukan dari bahasa Melayu ke bahasa Arab. Teks ini mengisahkan tentang seekor rusa yang bongkak. Kelebihan apabila kita melakukan terjemahan ialah kita dapat menambah kosa kata bahasa Arab dan juga memperbaiki cara untuk menterjemah dengan lebih baik.

Teks asal bahasa Melayu mengenai "Rusa yang bongkak" ialah" :


Rusa yang bongkak

Di sebuah hutan, ada seekor rusa yang bongkak. Rusa itu selalu pergi ke tepi kolam untuk melihat bayangnya. Rusa itu berasa bangga melihat tanduknya yang cantik.  

           ”Oh, cantiknya tandukku!” kata rusa itu kepada dirinya. Namun demikian, rusa itu tidak suka pada kakinya yang kurus. ”Hai, lihatlah betapa kurusnya kakiku. Aku mahu kakiku cantik juga. Aku mahu kelihatan cantik dari kepala hingga hujung kaki,” rungutnya.

            Pada suatu hari, ketika sedang melihat-lihat bayangnya di tepi kolam, rusa terdengar seekor anjing menyalak. Rusa itu sedar yang anjing pemburu sedang menuju ke tempat itu. Rusa itu berasa takut lalu berlari sekuat hati.

            Sedang rusa itu berlari ke dalam hutan, tiba-tiba tanduknya tersangkut pada dahan-dahan sebatang pokok yang rendah. Rusa itu meronta-ronta untuk melepaskan tanduknya daripada dahan-dahan itu. Rusa itu bertambah cemas apabila kedengaran salakan anjing semakin dekat. Akhirnya, kakinya yang kurus tetapi kuat itu dapat menolongnya melepaskan diri. Namun, tanduknya patah sedikit.

            Anjing pemburu semakin hampir. Rusa itu dapat melarikan diri kerana ia boleh berlari laju.  Rusa itu kini menyedari kegunaan kakinya yang telah membantu menyelamatkan dirinya daripada bahaya.

            Sejak hari itu, rusa itu tidak lagi memandang kakinya sebagai sesuatu yang buruk atau tidak berguna. Rusa itu juga tidak bongkak seperti dahulu kerana tanduknya tidak lagi kelihatan begitu cantik. Sedarlah rusa itu bahawa kecantikan tidak semestinya membawa kebaikan.

Terjemahan dalam bahasa Arab ialah :



الغزال الفخور 


في الغابة، هناك الغزال الفخوريذهب إلى خوض السباحة دائما لرؤية الظل. كان الغزال فخورا برؤية قرنه الجميل.
قال الغزال لنفسه : " أوه، قرني الجميل!" ولكن فإن الغزال لم يعجبه بالساقي النخيف. " آه، انظر كيف الساقي النخيف. أريد أن يكون ساقي جميلة أيضا. أريد أن ابدو جميلة من الرأس إلى أخمص"، اشتكى به.
في ذات يوم، عندما ينظر إلى الظل بجانب خوض السباحة، سمع الغزال بينبح الكلب. أدرك الغزال أن كلب الصياد يتوجه إلى المكان. شعر الغزال بالخوف وركض بكل قواه.
عندما كان الغزال يركض في الغابة، فجأة علق القرن في فروع شجرة منخفضة. صاح الغزال لإطلاق قرنه من الفروع. كان الغزال ينمى بالقلق عندما مسموع نباح الكلب فإنه يقترب منه. وأخيرا، يمكن الغزال أن يساعده بالساقي النخيف ولكن قوية على الفرار. ومع ذلك، فإن قرنه كسر قليلا.
يقترب كلب الصياد منه ولكن يمكن الغزال الفرار لأنه يمكن أن يركض بسرعة. الآن، يدرك الغزال باستخدام ساقيه لذي ساعدته على الفرار من الهلاك. 
 

منذ ذلك اليوم، لم ينظر الغزال بالساقي على أنها سيئة أو غير مفيدة. أن الغزال أيضا لم يكن فخورا كما قبل الآن لأن القرون لم يبدو جميلة. أدرك الغزال أن الجمال لا يجلب الخير.
  
 😇Sekian, itu sahaja dari kami. Terima kasih

KELAYAKAN PENTERJEMAH

       Bukan senang nak jadi penterjemah ni, ada syarat-syaratnya cer tengok bawah       mesti mengetahui bahasa sumber- teks asa...