Friday, 25 May 2018

CIRI TERJEMAHAN MENURUT "ROBERT LADO"

Assalammualaikum....saya hari ini ingin berkongsi sesuatu yang telah saya pelajari iaitu ciri-ciri terjemahan menurut "Robert Lado", beliau membahagikan kepada dua ciri-ciri terjemahan iaitu faktual dan sastera...






APA ITU FAKTUAL?? mesti ada yang tertanya makna faktual, baiklah saya akan terangkan maknanya menurut kamus dewan bahasa. Menurut kamus dewan bahasa edisi keempat "faktual" ialah memberi istilah bersedia memberi pendapat yang ilmiah agar kebenaran dapat ditegakkan.
Oleh itu, bagi pandangan saya selepas saya mempelajari tajuk ini faktual sama sahaja seperti perkataan "Fakta"yang merupakan satu perkara yang benar dan semestinya dalam tajuk ini ciri terjemahan ilmiah ini adalah bericiri fakta yang tepat. Bagi Rober Lado, ciri ini contoh selalu berlaku dalam terjemahan buku, surat khabar, surat-surat rasmi dan seumpamanya. Selain itu, menurut beliau juga ciri ini perlu dilakukan dengan ringkas, sederhana, wajar dan tiada kekeliru fakta. Hal ini amat penting supaya terjemahan tersebut tidak menyesatkan pembaca.



APA MAKSUD SASTERA?? menurut kamus dewan edisi kedua sastera adalah hasil seni yang diwujudkan dalam bentuk karangan bebas atau dalam bentuk puisi, selain itu bahasa yang digunakan dalam sesuatu tulisan. Oleh itu, ciri ini berlaku dalam terjemahan seperti prosa, puisi, drama, opera, cerita-crita bergambar, film dan sebagainya. Menurut Robert lagi, ciri ini mampu memberi impak yang sama dalam merasai isi dan ungkapan tesk asal. Selain itu, terdapat perbezaan makna walau sedikit namun dapat merasai apa yang terkandung dalam tesk asal. Seterusnya, ciri ini mementingkan keindahan bahasa dan ketajaman makna bahasa sumber dan kesilapan yang dilakukan penterjemah tidaklah terlalu mengelirukan pembaca dalam memahami sesuatu terjemahan bercirikan sastera.

Sekian, itu sahaja daripada saya mengenai Ciri Terjemahan menurut ROBERT LADO
terima kasih.



No comments:

Post a Comment

KELAYAKAN PENTERJEMAH

       Bukan senang nak jadi penterjemah ni, ada syarat-syaratnya cer tengok bawah       mesti mengetahui bahasa sumber- teks asa...