Assalamualaikum WBT dan selamat menjalani ibadah puasa, semua. Hari ini saya ingin berkongsi tentang apa yang telah kami pelajari di dalam kuliah tempoh hari. Alhamdulillah ke hadrat Ilahi dan terima kasih kepada Dr. Maheram binti Ahmad di atas curahan ilmu yang beliau miliki yang diberikan kepada kami tanpa mengenal penat dan jemu.
Topik yang kita
akan bincangkan adalah mengenai “Menterjemah Unsur Budaya”.
Sebelum itu, mari kita ketahui terlebih dahulu apa itu definisi
budaya. Budaya berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu “Budhayah”, yang telah disebut dalam bahasa Inggeris sebagai “Culture”
yang juga berasal dari Bahasa Latin iaitu “Colere” yang menunjukkan maksud “mengerjakan”.
Menurut Kamus Dewan Bahasa pula, budaya telah ditakrifkan dengan tamadun,
peradaban, cara berkelakuan dan sebagainya.
Dari segi istilah menurut Samovar, Porter dan Jain pula ialah
budaya ini merupakan satu kelaziman tingkah laku yang dipersetujui bersama
suatu kumpulan manusia dalam sebuah masyarakat pada suatu ketika untuk tujuan
hidup berharmoni. Kesimpulannya, budaya merupakan tatacara hidup masyarakat
yang hidup di sesuatu tempat.
Sifat kebudayaan ini bukan merupakan warisan atau keturunan tetapi
ia perlu dipelajari oleh setiap anggota
masyarakat dan perlu dipraktikkan secara
bersama dalam kehidupan. Adat juga dikenali sebagai budaya.
Fungsi kebudayaan pula ada empat, iaitu kata kuncinya ialah “mensosialkan”,
“menjaga”, “meneruskan” dan “perangsang”. Yang pertama, mensosialkan anggota
masyarakat yang baru supaya menjadi orang yang berguna dalam masyarakat. Kedua,
menjaga anggotanya dengan kawalan sosial, norma dan nilai masyarakat. Ketiga,
meneruskan peraturan antara sesama anggota dan juga orang luar. Keempat,
perangsang kepada anggotanya untuk meneruskan masyarakatnya.
Pembahagian budaya terbahagi kepada empat bahagian, antaranya ialah
budaya ekologi yang mengkaji alam persekitaran seperti makhluk hidup, struktur
alam dan fungsinya. Seterusnya budaya sosial yang berkait dengan adat resam dan
kepercayaan dalam sesebuah masyarakat. Selain itu, budaya ideologi yang juga
sama seperti budaya sosial tapi yang membezakannya ialah budaya ideologi ini
melibatkan emosi.
Kaedah yang betul dalam menterjemah unsur budaya ada empat iaitu
unsur budaya perlu dikekalkan, unsur budaya perlu disesuaikan semula, unsur
budaya juga perlu dihilangkan dan budaya asal yang tidak ditemui padanannya
dalam budaya sasaran perlu dijelaskan maknanya dalam nota kaki atau nota akhir.
Namun, terdapat para pengkaji bahasa mengatakan bahawa kaedah menterjemah unsur
budaya ada lima.
Kesimpulannya, unsur budaya boleh menimbulkan masalah kepada
penterjemah terutamanya yang melibatkan budaya ekologi, sosial dan ideologi.
Perbezaan budaya antara dua bahasa akan membuatkan proses penterjemahan akan
menjadi sukar dan lambat.
Sekian, terima kasih. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Doakan semoga Izzah, Nurul, Nasuha dan Wahida berjaya memperoleh keputusan
cemerlang dalam peperiksaan semester ini ya. 😊
No comments:
Post a Comment