Saturday, 19 May 2018

PROSES MENTERJEMAH PT.1





Bismillah..Assalamualaikum saya nasuha. Dalam post ni saya akan berkongsi sedikit sebanyak tentang proses terjemahan.


Proses menterjemah ada 6 iaitu, yang pertama menganalisis teks sumber, proses pemindahan,menstruktur semula, memeriksa, menyemak dan menyunting.


Dalam proses menganalisis teks sumber, yakni baca dan faham teks asal. Proses ini akan melibatkan penggunaan kamus bagi mencari makna-makna perkataan yang tidak ketahui, serta memahami peribahasa, penanda wacana dan sebagainya.
  






Seterusnya,proses pemindahan yang merupakan proses terpenting dalam proses penterjemahan. Dalam proses ini, kita perlu mencari padanan perkataan terjemah yagn sesuai. Kemudiannya, dipindahkan ke bentuk bahasa sasaran. Kadang kala, akan ada berlaku sedikit pemincangan makna dalam terjemahan tersebut.

Proses seterusnya ialah menstruktur semula dimana teks perlu distruktur mengikut struktur bahasa sasaran. Gaya penulisan memainkan peranan yang penting. Gaya penulisan yang digunakan hendaklah memudahkan pembaca memahami teks terjemahan itu dengan ringkas, ayat yang digunakan haruslah mudah ringkas dan jelas. Tanda baca perlu digunakan dengan betul dan baik.

-
-
Ok, kita berhenti setakat ini dulu..proses seterusnya akan disambung di post yg seterusnya. 😊


Sekian, itu sahaja perkongsian saya untuk post kali ini. Jika ada persoalan atau pembetulan boleh komen dibawah ye. Maaf salah silap. 😄




No comments:

Post a Comment

KELAYAKAN PENTERJEMAH

       Bukan senang nak jadi penterjemah ni, ada syarat-syaratnya cer tengok bawah       mesti mengetahui bahasa sumber- teks asa...