Sunday, 10 June 2018

CONTOH TUGASAN MENTERJEMAH (الجوهرة الثمينة)


Perkongsian  tugasan  terjemahan yang pernah diberikan oleh pensyarah kami dari bahasa Arab kepada bahasa Melayu

الجوهرة الثمينة

بلغ رجل سن الشيخوخة، وكان ذا ثروة طائلة وله ثلاثة بنين. فلما أحسّ بدنوّالأجل، قسّم أمواله بين بنيه بالتساوي، واحتفظ بجوهرة ثمينة كانت عنده ، وقال لهم :"تكون هذه الجوهرة من نصيب من قام منكم بعمل من أعمال البطولة أو الأعمال الجليلة يميّزه عن أخويه".
 فقال أكبر الأبناء :"لقد قمت بعمل جليل يدل على النبل والمروءة ،وإني أستحق منك هذه المكافأة يا أبتِ".فقال له أبوه:" وما هو ؟" قال:استوعدني رجل مالاً وكان مبلغا عظيما،دون أن يأخذ عليَّ وثيقة به، ودون أن يعلم أحد بالأمر. وقد سلّمته هذا المال حالما طلبه، ولم آخذ على ذلك مكافأة ما. أفلا يعدّ عملي هذا عظيما؟" فقال الأب: هو حسن، وهو ما يوجبه عليك الدين والصدق في التعامل، ولكنّه ليس من الأعمال الفريدة التي تفوق سواها".
وقال الابن الثاني :"أما أنا,فإنّ العمل الذي سأذكره والذي عملته منذ بضعة أسابيع، لمما يؤهلني لمكافأتك.كنت ذات يوم مطير أسير على شاطيء البحيرة القريبة من هنا، وإذا بطفل صغير قد سقط فيها وكاد يغرق. وخاطرت بحياتي وأنقذته من الغرق وسلمته إلى أمّه.أفليس هذا عملا شريفا أستحق لأجله كلّ  مكافاة؟" فقال الأب:" إنّه عمل شريف، ولكنّه شفقة طبيعيّة على كلّ إنسان.
          وقال الثالث ، وهو أصغر الأبناء:"أما أنا فالذي أذكره من أعمالي أنّي كنت يوما في إحدى البراي، وقدخرجت للصيد فرأيت أحد أعدائي نائما على صخرة على حافّة هوّة هائلة، وهو في حالته تلك لو تحرك أقل حركة لسقط وتحطم ..فدنوت منه خفيفا خفيفا وأيقظته بكيفيّة نجته من الهلاك.
فلما سمع الأب هذا الكلام تهلل وجهه سرورا ،وقال:" نعم ،هذا هو أجلّ الأعمال.  نعم هذه هي البطولة بعينها،أن تنقذ حياة عدوّك وأنت قادر عل إهلاكه". قال هذا وأعطاه الجوهرة الثمينة.


Seorang lelaki tua lanjut usia yang memiliki banyak harta dan mula merasai ajalnya sudah tiba. Beliau mempunya 3 orang anak lelaki dan bercadang membahagikan harta-hartanya dengan sama rata kepada anak-anaknya. Tetapi, terdapat suatu harta yang bernilai baginya iaitu batu permata yang disimpan rapi olehnya. Beliau berhasrat menyerahkan batu permata itu kepada salah seorang anak-anaknya sekiranya salah seorang dari mereka dapat melakukan pekerjaan mulia yang lain dari adik-beradik yang lain.

Anak yang pertama pun memberitahu “anakanda telah melakukan perbuatan yang mulia yang menunjukkan kemuliaan dan kehormatan itu wahai ayahanda” Si bapa pun bertanya “Apa dia?” Anak yang sulung itupun menjawab “Seorang lelaki telah meninggalkan harta yang banyak untuk anakanda jaga tanpa memerlukan sebarang dokumen tanpa diketahui oleh sesiapa pun.

Anakanda telah menyerahkan harta itu apabila dia memintanya dan anakanda tidak mengambil upah pun. Bukankan apa yang anakanda lakukan ini boleh dianggap mulia?” Si Bapa pun menjawab “Betul, amalan ini baik. Dan perbuatan ini adalah apa yang dituntut oleh agama iaitu kejujuran dalam bergaul, tetapi amalan ini belum boleh dianggap sebagai amalan yang hebat yang bolehmengatasi perbuatan lain”

Kemudian anak kedua pun berkata “Anakanda pula telah melakukan suatu perbuatan yang mana anakanda telah melakukannya sejak beberapa minggu yang lalu. Ketika mana yang membolehkan anakanda mendapatkan apa yang ayahanda janjikan. Pada suatu hari hujan yang turun, anakanda berjalan di tepi tasik yang berhampiran di situ, ketika itu, tiba-tiba terdapat seorang kanak-kanak yang terjatuh kedalam tasik itu dan hampir lemas, maka tanpa melengahkan masa, anakanda telah membahayakan nyawa anakanda sendiri dengan menyelamatkan kanak-kanak itu.  

Dan akhirnya anakanda menyerahkan kanak-kanak itu kepada bondanya. Bukankah itu suatu perbuatan yang mulia dimana anakanda layak untuk mendapatkan ganjaran ayahnda itu?” Si bapa pun berkata “Sesungguhnya itu suatu amalan yang mulia, tetapi amalan tersebut merupakan suatu belas kasihan yang ada secara semula jadi dalam diri manusia.”

Kemudian anak yang bongsu pun berkata “Anakanda pula, perbuatan yang anakanda lakukan ialah pada suatu hari anakanda keluar ke padang untuk berburu. Anakanda terlihat salah seorang musuh nakanda yang sedang tidur di atas batu yang berada pada juram yang dalam. Dalam keadaan itu, kalau dia bergerak sedikit pun dia akan terjatuh kedalam gaung dan hancur. Anakanda pun pergi menhampirinya dengan perlahan-lahan dan mengejutkannya dengan cara yang menyelamatkannya dari kecelakaan.” 

Apabila si bapa mendengar cerita ini, wajahnya bertukar gembira lalu berkata “Inilah perbuatan yang benar-benar hebat iaitu menyelamatkan nyawa musuh padahal pada ketika itu kita berupaya untuk membinasakannya.” Si bapa berkata sambil memberikan permata itu kepada anak bongsunya.

No comments:

Post a Comment

KELAYAKAN PENTERJEMAH

       Bukan senang nak jadi penterjemah ni, ada syarat-syaratnya cer tengok bawah       mesti mengetahui bahasa sumber- teks asa...