Sunday, 10 June 2018

KAEDAH TERJEMAHAN SECARA UMUM

Secara umumnya terdapat tiga jenis kaedah terjemahan yang umum iaitu KATA DEMI KATA, HARFIAH dan secara BEBAS.

1) KATA  DEMI KATA

  • Bahasa sumber tetap ketara walaupun selepas diterjemah
  • Biasanya untuk menterjemah kitab-kitab suci, doa, mantera, jampi, puisi dan teks yang Mempunyai adikotrati iaitu teks atau cerita yang mempunyai lagenda atau kuasa.
  • Proses menterjemah adalah mudah dan boleh disiapkan dengan cepat.
  • Penterjemah lebih menekankan bentuk teks dan bukannya isi teks.
  • Teks asal tidak dapat difahami dengan mudah.
  • Terjemahan perlu mengikut tatabahasa bahasa sumber. 
  • Penterjemah perlu meletakkan nota kaki sebagai penjelasan.
  • Penterjemah lebih dikenali sebagai TRANSFORMER dan bukannya penterjemah.

2) HARFIAH
  • Struktur bahasa sumber adalah sama dengan struktur bahasa sasaran.
  • Gaya terjemahan adalah sama dengan gaya penulisan bahasa sumber
  • Hasil terjemahan adalah kaku dan seperti dipaksa.
  • Teks sasaran tidak sedap untuk dibaca.

3) BEBAS
  • Tidak terikat dengan bentuk teks asal.
  • Hasil terjemahan daripada pengalaman penulis sendiri.
  • Keupayaan, kemampuan dan kretiviti penterjemah teruji.
  • Karya terjemahan menarik dan mudah untuk dibaca dan difahami.
Sekian sahaja daripada saya #Hidayah mengenai kaedah terjemahan secara umum.

No comments:

Post a Comment

KELAYAKAN PENTERJEMAH

       Bukan senang nak jadi penterjemah ni, ada syarat-syaratnya cer tengok bawah       mesti mengetahui bahasa sumber- teks asa...