Sebelum ini ada dijterangkan mengenai kelayakan penterjemah, namun tidak semestinya seorang yang berkelayakan dalam menterjemah dapat lari dari pelbagai masalah. Antara masalah-masalah yang sering dialaminya:
Tidak yakin pada bahasa sendiri
Tidak yakin pada bahasa sendiri itu adalah perkara biasa
untuk semua orang dan merasa bahawa bahasa asing lebih baik daripada bahasa
sendiri. Hal ini terjadi apabila mereka melakukan penterjemahan dan penterjemah
meminjam terus perkataan bahasa asing ke dalam bahasa kita dan berasa yakin
bentuk itu adalah betul.
Keinginan untuk mengekalkan misteri sesuatu
bahasa
Kebiasaannya ramai penterjemah berasa sekiranya
terjemahan telah dibuat, maka terjemahan tersebut hendaklah jelas dan terang.
Justeru, akan hilanglah misteri yang ada dalam teks asal.
Kurang pengetahuan tentang terjemahan
Kebanyakan orang menyangka bahawa terjemahan sekadar
menggantikan perkataan-perkataan dalam bahasa sumber kepada bahasa penerima dan
hal ini selalu berlaku. Oleh itu, pakar terjemahan telah dapat membuktikan
bahawa ayat sahaja tidak memadai tetapi harus diganti dengan perenggan malah
kalau boleh seluruh wacana. Sekiranya ini gagal dilakukan kita akan terlupa
tentang adanya unsur-unsur peralihan di antara ayat. Malahan, struktur seluruh
karangan itu mestilah diperhatikan supaya semua unsur yang terkandung dapat
dipadukan menjadi suatu kesatuan yang bermakna.
RUJUKAN:
http://zamilahabdrani.blogspot.com/2013/02/terapi-diri.html
No comments:
Post a Comment