Sunday, 10 June 2018

KAEDAH TERJEMAHAN MENURUT PANDANGAN MILDRED L. LARSON

Mildred L. Larson membahagikan kaedah terjemahan kepada dua bahagian iaitu LITERAL dan IDIOMATIK.


Untuk terjemahan secara LITERAL ianya terbahagi kepada dua iaitu Literal dan Modified Literal.

1. Literal (الترجمة الحرفية)

  • bergantung sepenuhnya kepada brntuk teks bahasa asal.
  • menterjemah satu-satu perkataan.
  • tiada penyesuaian dalam ayat.
  • terjemahan antara baris (الترجمة بين الستور)
  • berguna di dalam proses mempelajari bahasa asing.
2. Modified Literal
  • menyesuaikan susun atur perkataan dan nahu supaya ayat boleh diterima oleh pembaca.
  • hasil terjemahan masih kedengaran ganjil dan pelik.


Untuk terjemahan secara IDIOMATIK pula ianya sangat bergantung kepada makna teks bahasa sumber.
  • penterjemah akan berusaha untuk mengekalkan makna teks dan memindahkan makna secara natural.
  • kaedah ini tidak terlihat sebagai terjemahan.
  • satu cara yang susah, perterjemah sukar untuk konsisten dan perlu menggunakan kaedah terjemahan literal.
Sekian sahaja daripada saya #Hidayah untuk kaedah terjemahan.

No comments:

Post a Comment

KELAYAKAN PENTERJEMAH

       Bukan senang nak jadi penterjemah ni, ada syarat-syaratnya cer tengok bawah       mesti mengetahui bahasa sumber- teks asa...