Wednesday, 6 June 2018

PROSES TERJEMAHAN PT.2



Assalamualaikum, post pada kali ini ialah sambungan tentang proses terjemahan yang telah dibincangkan sebelum ini.



Setelah, proses menstruktur semula teks yang telah diterjemah, proses yang seterusnya ialah proses memeriksa. Proses ini boleh dikatakan agak sukar kerana kita perlu memastikan terjemahan yang kita lakukan adalah tepat dan baik serta boleh difahami dan diterima. Proses ini memerlukan, penterjemah berjumpa dengan pakar bidang atau orang yang arif dengan bahasa sasaran yang diterjemahkan untuk memastikan apa yang terjemahkan adalah sahih dan tepat. Kemudian, teks tersebut disemak juga untuk memastikan sekali lagi jika ada kesalahan terjemahan dan sebagainya. 

Akhir sekali ialah proses menyunting. Proses ini tidak termasuk dalam proses terjemahan yang sebenar tetapi ianya penting. Teks yang telah diterjemah perlu disunting bagi membuang bahan yang tidak perlu dan mewujudkan gaya yang seragam sekiranya teks itu diterjemah oleh ramai orang. Contohnya, jika terjemahan itu ditujukan kepada pembaca dari usia kanak-kanak maka bahasa dan gaya bahasa yang digunakan haruslah sesuai dan mudah difahami oleh kanak-kanak.


Sekian itu sahaja daripada saya tentang proses menterjemah. Kepada yang ingin memcuba menterjemah bolehlah merujuk kepada post ini dan post yang sebelumnya bagi menghasilkan satu terjemahan yang baik. Selamat mencuba.  😃





No comments:

Post a Comment

KELAYAKAN PENTERJEMAH

       Bukan senang nak jadi penterjemah ni, ada syarat-syaratnya cer tengok bawah       mesti mengetahui bahasa sumber- teks asa...